AuraCorrector Sticker

AuraCorrector Sticker

AFTL AuraCorrector Sticker, berfungsi membuang memori yang tidak diingini seperti memori-memori rencam dan sifat-sifat negatif yang bersarang di minda dan hati. Tubuh akan dipertenagakan semula dengan lebih banyak bioelektrik dengan menarik tenaga VNP AFTL melalui ciri Negative Entropy yang ada pada stiker ini.



Aliran Tenaga Tubuh

Menurut Pengasas AFTL, Dr. Mohd Yusof Husin M.D. (A.M.), Stiker AFTL AuraCorrector merupakan antena yang berfungsi menerima pancaran tenaga hayat yang segar atau “fresh life energy” daripada “Sistem Propritori” kepunyaan AFTL Technology Sdn. Bhd, juga berupaya memperbaiki keupayaan dan kebolehan otak pengguna dari normal 5% - 10% kepada melebihi 10%.

Apabila ini berlaku otak akan menjadi tenang dan pergerakan aliran otak menjadi laju dan berupaya mempengaruhi keseluruhan sistem bioelektrik tubuh sehingga menjadi “super conductor” yang terus menerus akan menerima pancaran tenaga hayat. Keadaan begini boleh mengubah aliran tenaga hayat tubuh dari keadaan biasa yang mendatar kepada aliran tenaga yang menegak.

Secara fiziknya apabila aliran tenaga telah bertukar kepada menegak, interaksi antara hati dan minda menjadi laju dan serentak dengan itu keupayaan penjanaan idea meningkat dengan pantas.

Testimoni AuraCorrector Sticker


Stress dan sikap malas hilang!!!

Noor Hidayah Binti Mohd Nizam, Teluk Intan, Perak

Saya amat berterima kasih kepada AFTL Technology. Sejak menggunakan GeniusXtra dan Auracorrector banyak perubahan berlaku pada diri saya. Sebelum ini saya amat stress dan malas untuk mengulangkaji pelajaran dan prestasi pelajaran juga semakin merosot. Selepas menggunakan produk-produk ini, saya semakin berminat untuk belajar dan stress juga tiada lagi. Hilang perasaan malas dan prestasi pelajaran juga semakin meningkat terutama di dalam subjek matematik dan sains. Saya juga berasa lebih ceria dan tenang.

Sangat berpuas hati dengan penggunaan produk Aftl Technology

Puan Ayu, Kampung Teluk Kepayang, Teluk Intan

Saya Ayu dari kampung Teluk Kepayang, Teluk Intan seorang suri rumah, ingin berkongsi dengan pengguna bahawa anak lelaki saya yang belajar di tahun 5 lebih berminat untuk belajar. Keputusan peperiksaan juga semakin meningkat. Begitu juga dengan anak kedua saya yang belajar di tahun 1, perestasi pelajarannya juga semakin meningkat. Sebelum ini prestasi pelajaran anak saya kurang memuaskan. Selain itu juga, saya semakin senang untuk menguruskan anak bongsu saya yang berumur 4 tahun. Terima kasih saya ucapkan kepada AFTL Technology. Saya amat berpuas hati dengan penggunaan GeniusXtra dan Aura Corrector. Saya tidak akan beralih kepada produk lain. Terima kasih.

”WANG AJAIB” di dalam akaun

En. Noor Azimal Azizi Bin Ismail, Sri Manjung, Perak

Pelik tetapi benar selepas seminggu saya bermunajat sambil menggunakan Sticker AFTL saya menerima panggilan dari seseorang yang tidak dikenali meminta saya menghantar no akaun bank beliau melalui SMS. Saya segera menghantar SMS no akaun yang dikehendaki. Tiga hari kemudian saya terperanjat besar bila memeriksa akaun Maybank saya kerana mendapati baki akaun beliau meningkat menjadi melebihi RM 2000. Saya mundar-mandir selama 10 minit di hadapan bank berkenaan kerana terlalu pelik sehingga saya tidak tahu apa yang patut dilakukan dengan WANG AJAIB tersebut. Dipendekkan cerita setelah sebulan kemudiannya saya mendapat lagi WANG AJAIB baru didalam bank akaun yang sama berjumlah RM 180.

Mencapai titik ketenangan

Pn. Aisyah Bt Abdul Gaffoor, Ampang

Alhamdulillah, setelah menjalani terapi AFTL HolloTunnel & mengamalkan penggunaan AFTL AuraCorrector & Aura Nursalama, saya dapati rezeki saya meningkat, jiwa saya lebih tenang, dan kehidupan saya sekeluarga telah berubah.

Orang ramai dan kawan-kawan yang saya berurusan juga amat mudah dalam memberi kerjasama dalam urusan perniagaan. Kalau dahulu saya rasa semua urusan payah kini semua dapat berjalan seolah-olah seperti mengikut kemahuan dan kehendak saya.

Di samping itu, anak perempuan saya, pelajar dari UiTM, telah berjaya mengatasi kelemahannya dalam mata pelajaran Matematik Tambahan setelah menggunakan AFTL Student Syncronizer. Sungguh bersyukur saya ke hadzrat Ilahi kerana dipertemukan dengan Teknologi AFTL serta canggih ini.

Lebih Yakin, Bertenaga, Kreatif & Produktif

Pn. Hindun Bt Abu Bakar, Guru, Sri Manjung, Perak

Saya adalah pengguna setia produk AFTL, selama saya menggunakan produk-produk AFTL telah banyak perubahan berlaku dalam hidup saya, yang paling ketara jiwa saya semakin tenang dan potensi diri saya setiap hari semangkin menyerlah. Banyak perkara yang sebelum ini saya buntu atau belum dapat saya laksanakan.

Saya berasa lebih tenang, lebih berkeyakinan, bertenaga, lebih kreatif dan produktif dalam menjalani tugas sebagai seorang guru. Benarlah Sticker AFTL AuraCorrector dan Aura NurSalama mampu membersihkan hati dan meningkatkan keupayaan potensi diri saya.

Sebuah peristiwa lucu telah berlaku dalam hidup saya, suatu hari sedang saya membeli belah di pasaraya. Terlintas dalam fikiran alangkah bagusnya jika saya sekeluarga dapat pergi bercuti di tempat yang menaraik, belum habis saya melayan fikiran tersebut tiba-tiba saya didatangi oleh seorang jurujual yang meminta saya mengisi borang peraduan, saya enggan pada mulanya dan rupa-rupanya ia hanyalah sebuah pertandingan merekacipta tandatangan paling cantik dan kreatif. Tanpa diduga panggilan telefon yang saya terima pada hari keesokannya itu adalah pangilan yang telah menjadikan impian saya menjadi kenyataan.

Saya telah memenangi pertandingan yang saya masuki pada hari sebelumnya dan mendapat tawaran pakej mewah bercuti sekeluarga di hotel 5 bintang. Tersenyum puas saya ketika itu, Benarlah apa yang Dr. Mohd Yusoff Hussin beritahu saya sebelum ini, tenaga AFTL jika digunakan kelajuannya lebih pantas dari cahaya yang sesuai dengan namanya Alhayat Faster Than Light Technology.

Di samping itu, saya juga menggalakkan anak saya untuk mendengar AFTL Student Syncronizer, dan terbaru menggalakkannya untuk mengamalkan pemakanan formula minda terbaru AFTL iaitu GeniusXtra. Kini anak saya telah berjaya mengatasi kelemahannya dalam mata pelajaran Matematik yang dihadapinya sebelum ini.

Perniagaan berkembang & bebas dari masalah

En. Said Jamalulai, Chemor, Perak

Dahulu saya rencam, fikiran selalu runsing dengan pelbagai masalah kehidupan. Namun sejak menggunakan AuraCorrector dan Aura NurSalama kehidupan saya menjadi semangkin baik, fikiran saya fokus, minda saya laju, idea saya banyak dan yang menyeronokkan hidup saya tenang, rezeki saya semakin bertambah, perniagaan semakin maju dan tidak pernah putus wang. Malah projek BESAR yang sebelum ini agak sukar untuk diperolehi kini menjadi “mudah” untuk saya perolehi.

Perubahan dari segi kerohanian, emosi dan spiritual telah mula saya rasakan sekarang. Begitu juga kekeluargaan menjadi lebih harmoni. Pandangan hidup semakin jelas . AFTL tentunya sangat relevan bagi pencari ketenangan.

Wajah sentiasa berseri-seri & hidup ceria

Pn. Hjh. Sarasiah Abd. Hamid, Batu Bahat, Johor

Saya mengalami masalah sengugut yang amat teruk sehingga terpaksa mengambil cuti setiap kali datang bulan. Alhamdulilah selepas sebulan menggunakan AFTL AuraCorrector dan Aura Nursalama penyakit sengugut pulih sepenuhnya.

Bukan itu sahaja malah banyak manfaat yang saya perolehi selepas menggunakan produk AFTL terutamanya Aura Nursalama. Setiap pagi saya akan menyemburkan Aura Nursalama yang telah dicampurkan di dalam air ke muka sebanyak 3 kali sehari. Kesannya, saya sentiasa berasa tidak mengantuk di tempat kerja malah mood saya sepanjang hari menjadi baik, suasana kerja menjadi lebih harmoni malah semua masalah yang timbul dapat saya tangani dengan fikiran waras dan rasional.

Itulah sebabnya ramai rakan di tempat kerja menjadi hairan dan menegur bagaimana saya boleh tersenyum dan kelihatan riang malah tampak berseri-seri, walau pelbagai beban tugas saya pikul setiap hari.

Masalah senggugut pulih sepenuhnya

Pn. Sarasiah, Air Hitam, Johor

Saya mengalami masalah sengugut yang amat teruk sehingga terpaksa mengambil cuti setiap kali sakit. Alhamdulilah selepas sebulan menggunakan AFTL AuraCorrector dan Aura NurSalama penyakit sengugut pulih sepenuhnya.

Hasrat termakbul selepas menggunakan Produk AFTL

Pn. Adila Bt. Endut, Batu Gajah,Perak

Sejak 6 tahun lalu saya telah menyimpan hasrat untuk menjual salah satu rumah yang saya beli sebelum ini, namun hasrat saya selama 6 tahun itu belum kesampaian. Semakin lama saya semakin risau dengan keadaan rumah saya itu kerana semakin banyak yang rosak. Maklum saja saya tinggal di Batu Gajah Perak dan rumah yang hendak saya jual tu ada di Kedah, sebab itulah rumah itu terbiar lama.

Suatu hari saya telah diperkenalkan dengan produk Aura NurSalama dan Aura Corrector oleh rakan sekerja saya. Semasa membeli produk tu memang saya ada menyatakan hasrat saya untuk menjual rumah saya tu, lalu saya di ajarkan bagaimana cara berdoa dan berniat semasa menggunakan Aura NurSalama dan Aura Corrector tersebut.

Kuasa Tuhan, selang beberapa hari saya mendapat panggilan, orang tu kata nak beli rumah saya. Antara percaya dan tidak, apabila cuti sekolah, saya pun pergi berjumpa dengan orang tersebut. Sebaik berbincang dengan ringkas dan mudah, tercapailah hasrat saya untuk menjual rumah tersebut. Saya sungguh rasa hairan kerana selama 6 tahun saya berusaha menjual rumah tersebut tidak berhasil, dengan teknik menggunaka Aura NurSalama dan AuraCorrector yang diajarkan oleh rakan saya tu, urusan jual beli rumah saya jadi mudah. Bukan itu sahaja, hasrat saya untuk mengambil deposit 10% tunai pun berlaku dengan mudah. Saya bersyukur kerana diperkenalkan dengan Produk AFTL Technology ini, kini saya sekeluarga menggunakannya lebih-lebih lagi suami saya, kerana dia merasa tidak lagi stress ditempat kerja dan perasaan segar dan ceria yang selama ini dia cari dalam suasana kerja telah berjaya di temui.

Perubahan yang amat positif!

Nur Fareena Binti Mohd Razib, Kota Kinabalu

Assalamualaikum Doktor Yusuf, saya pengguna Stiker, Aura Salama dan GeniusXtra dapat merasakan perubahan yang positif dari malas menunaikan solat kepada tidak payah di suruh. Saya juga mempunyai kekuatan untuk meluahkan pendapat dan menjadi lebih berkeyakinan.

Lumpuh dan darah tinggi kini sudah tiada lagi

Encik Harun, Shah Alam, Selangor

Encik Harun dari Shah Alam sebelum ini mengalami masalah lumpuh dan darah tinggi yang menyebabkan beliau sukar untuk bergerak. Apabila diperkenalkan produk GeniusXtra dan menjalani terapi serta urutan yang dilakukan dengan mengguna Aura Corrector, Aura Nursalama dan SPPAO, alhamdulillah kini beliau telah mula dapat bergerak dan bertenaga. Beliau juga telah boleh bercakap semula walaupun secara perlahan-lahan. Isterinya juga sentiasa rasa bertenaga setelah mencuba GeniusXtra.

Pelajar keracunan spiritual ‘santau’ selama 4 bulan sembuh dan kembali ke sekolah

Nik Hafizuddin, pelajar tingkatan 4 Sekolah Agama Yik, Kelantan

Nik Hafizuddin, pelajar tingkatan 4 Sekolah Agama Yik di Kelantan telah mengalami keracunan spiritual ‘santau’ selama 4 bulan dan tidak ke sekolah selama tempoh tersebut. Setelah diperkenalkan GeniusXtra dan Sticker Aura Corrector dan mengamalkannya serta berkat solat hajat dan doanya pada Allah selama sebulan, alhamdulillah dia telah mula beransur sembuh dan mula kembali ke sekolah dan meneruskan sesi pembelajaran dengan baik.

Keharmonian rumah tangga lebih terserlah dengan penggunaan Aura Corrector

Muhammad Tamizi Ja’far, Cabang Tiga, Kuala Terengganu

Saya telah mencuba menggunakan Aura Corrector setelah mengikuti kursus AFTL kali ketiga. Saya telah menampalkan pelekat tersebut di sekeliling rumah saya dan hasilnya amat menakjubkan. Perubahan emosi saya dan keluarga sangat ketara kerana kami dapat mengawal perasaan kami walaupun ketika berada dalam suasana yang tertekan. Suasana yang tenang sentiasa wujud dalam rumah dan menimbulkan suasana yang harmoni. Anak-anak saya juga menjadi lebih menurut kata dan rajin. Kegiatan dalam dan luar rumah menjadi lebih teratur. Apabila saya keluar, perasaan ingin pulang segera setelah selesai melakukan tugas selalu timbul dalam diri saya. Semoga keluarga saya menjadi keluarga bahagia, Insya Allah. Terima kasih AFTL.

Produk-produk AFTL membantu pesakit kanser

Pn. Rodziah, Pulau Pinang

Puan Rodziah telah yang mengalami kanser sum-sum tulang 2 tahun lamanya. Tompokan kanser yang besar yang terdapat di dalam tulang belakang telah menyebabkan beliau lumpuh seluruh badan. Sepanjang 2 tahun tiada ubat yang dapat diberikan kepada beliau kecuali morfin untuk menahan kesakitan. Selepas dijelaskan mengenai kebaikan dan cara penggunaan Aura Nursalama, AFTL SPPAO dan AFTL AuraCorrector, beliau mula mengamalkannya.

Selepas hari pertama, sudah ada perubahan pada diri beliau. Tangan kirinya sudah boleh diangkat sehingga boleh mengusap muka. Masalah buang air besar sudah tiada. Warna air kencing yang berwarna kuning tua telah semakin jernih. Kepanasan badannya menurun dan mula rasa sejuk serta sudah mula kerap berpeluh. Atas keberkesanan, beliau terus mengamalkan menggunaan produk-produk AFTL sehingga sekarang.

Cara Penggunaan AFTL AuraCorrector

Penggunaan AFTL AuraCorrector pada Tubuh

  1. Persediaan Diri
    Sediakan sekurang-kurangnya 4 keping AFTL AuraCorrector. 2 keping digunakan sebagai ‘set rawatan’ untuk 7 hari yang pertama dan 2 keping lagi digunakan sebagai ‘set penjanaan’ selepas hari ke-7, selama tempoh maksima 1 bulan. Pengguna hendaklah dalam keadaan tenang dan selesa.

  2. Arahan Otak Semasa Menggunakan AFTL AuraCorrector Untuk 7 Hari Pertama (Set Rawatan)
    Berikan arahan otak agar dibersih, dicuci dan dirawat tenaga bioelektrik pada hati, akal, tubuh dan rohani pengguna.

  3. Arahan Otak Semasa Menggunakan AFTL AuraCorrector Selepas Hari yang ke-7 dan Seterusnya (Set Penjanaan)
    Berikan arahan otak agar dijana, diseimbangkan dan diharmonikan tenaga bioelektrik pada hati, akal, tubuh dan rohani pengguna.

  4. Nota Kaedah Penggunaan
    Tampalkan 1 keping AFTL AuraCorrector di bahagian bonggol pada belakang tengkuk dan 1 keping lagi di dada.

    Alternatif
    : Bagi lelaki bersongkok, AFTL AuraCorrector boleh dilekatkan di bahagian dalaman songkok. Untuk kepingan yang ke-2, tanpa perlu menanggalkan stiker, gunting dan masukkan sahaja ke dalam poket baju. Bagi wanita bertudung, AFTL AuraCorrector boleh diselitkan ke dalam anak tudung pada bahagian atas ubun-ubun. Untuk kepingan yang ke-2, seperti lelaki, selitkan sahaja ke dalam anak baju.

  • Tempoh minima pemakaian pada tubuh adalah selama 8 jam sehari.
  • AFTL AuraCorrector boleh diselitkan di bawah bantal semasa waktu tidur.
  • Dilarang berkongsi AFTL AuraCorrector dengan orang lain.
  • Tempoh maksima bagi pemakaian ‘set penjanaan’ adalah selama 1 bulan, hanya jika tiada sebarang permasalahan berlaku.
  • AFTL AuraCorrector yang sudah tidak digunakan lagi hendaklah dicuci dengan air garam dan dibungkus terlebih dahulu sebelum dibuang.


Penggunaan AFTL AuraCorrector di Rumah/Premis

  1. Persediaan Diri
    Sediakan sekurang-kurangnya 8 keping AFTL AuraCorrector. 4 keping digunakan sebagai ‘set rawatan’ untuk 14 hari yang dan 4 keping lagi digunakan sebagai ‘set penjanaan’ selepas hari ke-14, selama tempoh maksima 3 bulan.Pengguna hendaklah dalam keadaan tenang dan selesa.

  2. Arahan Otak Semasa Menggunakan AFTL AuraCorrector Untuk 14 Hari Pertama (Set Rawatan)
    Berikan arahan otak agar dibersihkan, dicuci dan dirawat tenaga di kawasan rumah/premis tersebut.

  3. Arahan Otak Semasa Menggunakan AFTL AuraCorrector Selepas Hari yang ke-14 dan Seterusnya (Set Penjanaan)
    Berikan arahan otak agar dijana, diseimbangkan dan diharmonikan tenaga di kawasan rumah/premis tersebut.

  4. Nota Kaedah Penggunaan
    Lihat gambarah di bawah untuk kaedah penampalan di rumah/premis. Tempoh maksima bagi penggunaan ‘set penjanaan’ adalah selama 3 bulan, hanya jika tiada sebarang permasalahan berlaku. AFTL AuraCorrector yang sudah tidak digunakan lagi hendaklah dicuci dengan air garam dan dibungkus terlebih dahulu sebelum dibuang.




Penggunaan AFTL AuraCorrector di Lain-Lain Tempat

  1. Persediaan Diri
    Memerlukan sekurang-kurangnya 1 keping AFTL AuraCorrector, atau mengikut kesesuaian permukaan barangan tersebut.Semakin banyak bilangan AFTL AuraCorrector yang digunakan, semakin banyak tenaga yang dijanakan oleh AFTL AuraCorrector.Pengguna hendaklah dalam keadaan tenang dan selesa.

  2. Arahan Otak
    Semasa hendak menampal AFTL AuraCorrector, berikan arahan otak agar dioptimumkan/diharmonikan tenaga pada barangan tersebut.

  3. Contoh

  • Bekas Minuman: Berikan arahan otak agar dipertenagakan air minuman tersebut.
  • Beg Duit: Berikan arahan otak agar diharmonikan tenaga rezeki atau aliran kewangan pengguna.
  • Kenderaan: Berikan arahan otak untuk tujuan keselamatan pada kenderaan.


Antara Kepelbagaian Penggunaan AFTL AuraCorrector

  • Tag ID Pelajar: Lebih fokus, tenang, berkarisma, kecemerlangan dan sebagainya.
  • Meja Belajar/Meja Kerja: Lebih fokus, tenang, menyerap tenaga tidak harmoni, berkarisma, kreativiti dan sebagainya.
  • Kenderaan: Lebih fokus, tenang, tidak panik, keselamatan dan keselesaan semasa pemanduan.
  • Ubat: Mengoptimumkan tenaga rawatan pada ubat tersebut.
  • Meter Elektrik: Keseimbangan tenaga elektrik.
  • Katil (ditampal pada 4 penjuru katil/disusun di bawah tilam): Membantu merawat masalah kesihatan, mendapatkan tidur yang berkualiti, kesegaran tubuh dan rohani dan sebagainya.
  • Songkok: Lebih fokus, tenang, berkarisma, kecemerlangan, membuang kerunsingan atau stress dan sebagainya.


Nota

AFTL AuraCorrector hanyalah sebagai medium penerimaan tenaga yang disampaikan oleh sistem unik hak milik AFTL Technology Sdn. Bhd. Walau bagaimanapun, segala ilmu itu adalah HAK MILIK Sang Maha Pencipta. Maka, janganlah kita lupa kembali dan berharap kepada-Nya.


  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS